hallo hallo . harini aku nak share sikit laa TIPS BERCINTA JARAK JAUH . mesti korang pernah couple jauhkan ? okayyy dah memang korang layak laa baca . enjoyyyyyyyy :D


-Percaya pada pasangan

Apabila kita berjauhan dengan pasangan, kita hendaklah percaya dengan si dia. Pernah baca 5 Tips dalam Berpasangan? Di dalam tips itu ada dinyatakan betapa pentingnya kita saling mempercayai dalam berpasangan ini. Percayalah pada si dia yang dia akan setia dan masih menyayangi kita walaupun kita berada jauh dari dia.

-Setia walaupun jauh

Memang pelbagai dugaan yang kita hadapi apabila kita berjauhan. Ketika kita berjauhan, kita akan terasa sunyi. Orang yang selalu kita jumpa, tiba-tiba kini jauh dari mata. Dan apabila berjauhan, hati menjadi sunyi. Dan pada masa inilah kawan-kawan menjadi penyeri. Namun begitu, walaupun kita masih mempunyai kawan,
kawan hanyalah kawan. Ceria bersama kawan tidak sama dengan ceria apabila kita bersama dengan pasangan kita. Di sini, ada yang kecundang. Ada yang bercouple dengan kawan disebabkan terasa sunyi. apa perasaan pasangan kita bila dapat tahu yang kita tidak setia? Dan letakkanlah diri kita di tempat dia. Adakah kita akan gembira dan suka jika kita dibuat demikian?




-Berjumpalah walaupun seketika

Jangan jadikan jauh itu sebagai alasan. Cinta perlukan komitmen. Cinta juga adalah tanggungjawab. Walaupun jauh, cuba cari masa untuk berjumpa dengan si dia. Andai kata si jejaka duduk jauh di utara semenangjung dan si gadis duduk di hujung selatan semenanjung, cuba cari masa yang sesuai untuk berjumpa. Paling tidak pun bila ada cuti panjang. Janganlah tidak berjumpa langsung. Sudah pasti rindu di hati akan semakin memberontak bila kita berjauhan. Jadi, apabila ada masa kelapangan itu, rancanglah untuk berjumpa. Sudah pasti ini akan mengeratkan lagi hubungan dan dapat mengurangkan rasa rindu itu.

-Tanyalah khabar

Setiap malam sebelum tidur itu kalau boleh cuba hubungi si dia tanyakan khabar. Buat secara selang seli. Hari ini anda yang call dia. Esok dia pula. Dengan ini baru la sama-sama merasa susah dan senang. Jangan mengharapkan si dia sahaja yang akan call anda. Sudah pasti dia akan berasa sukar untuk menghubungi anda jikalau dia sahaja yang perlu call anda. Memang cinta perlukan komitmen tetapi ia akan menjadi sukar bila sebelah pihak sahaja yang memberikan komitmen. Jadi sama-samalah membantu dalam membina percintaan ini.


-Sambut hari ulang tahun bersama

Sekiranya tidak sibuk, cuba sambut birthday atau ulang tahun per-couple-an bersama-sama. Sekiranya birthday itu jatuh pada hari bekerja, sambutlah bersama-sama pada hujung minggu tersebut. Luangkan masa bersama untuk seketika sudah pasti dapat mengembirakan antara satu sama lain. Walaupun perjumpaan itu hanya sementara, tetapi kenangan ketika berjumpa bersama-sama sambil menyambut birthday sudah pasti akan terpahat kukuh di hati. Mungkin anda akan tersenyum sendirian apabila mengenangkan kembali kenangan manis sebegitu.

-Jangan jadikan jarak sebagai pemusnah

Cinta jarak jauh memang sukar. Memang meronta-ronta hati bilamana rindu itu datang. Apabila keseorangan, sudah pasti kita akan terasa sangat kerinduan itu. Tetapi ingatlah, jangan jadikan jarak yang jauh itu sebagai pemusnah cinta anda. Jadikan ia sebagai satu cabaran yang akan memberikan anda lebih bersemangat untuk meneruskan cinta itu.

Akhir kata, walauapapun rintangan yang ada, jangan jadikan ia sebagai alasan dan penghalang. Tetapi jadikan ia sebagai sesuatu yang dapat menambahkan kasih sayang kita kepada si dia. Bila jauh kita akan merasa rindu bukan? Jadi jauh itu bukan satu perkara yang tidak baik cuma ianya merupakan salah satu cara untuk memupuk rasa kasih sayang kita dan mengajar kita untuk menjadi seorang kekasih yang setia.

-> Jika si dia sakit, korbankan sedikit masa buat si dia. Jika si dia sakit, janganlah anda pergi bersuka2 seperti keluar bersama2 teman2. sebolehnya temanilah si dia, dengan call bertanya khabar. ini menunjukkan biarpun anda berjauhan tetapi anda sentiasa dekat dengannya apalagi dalam keadaan si dia seperti itu.

-> Anda dan si dia harus sentiasa berkomunikasi, supaya salah faham tidak terjadi. Jika anda syak akan dirinya, berbincang secara jujur jgn main tuduh melulu. Berfikir secara rasional dan pastikan anda tidak mengikut kata hati anda. Sesungguhnya untuk memusnahkan sesuatu perhubungan adalah mudah seperti menarik picu bom tangan..

-> Mengenali semua teman2 si dia, sapa yang rapat dengan si dia, dengan siapa dia keluar. bukan nak mengawal, tapi hanya mengambil tahu. Lebih baik mencegah dari merawatkan? cemburu tanda sayang tapi bila berlebihan menjadi racun plak..

-> Anda juga harus melakukan apa yang anda ingin pasangan anda lakukan seperti sentiasa berhubung, tak cemburu buta, sentiasa ambil berat diri si dia dan tidak bermain kayu 3. Jika anda melakukan begitu, pasti pasangan anda juga turut melakukan sedemikian.

->Anda dan si dia harus sentiasa bertolenrasi, give and take dalam apa jua perkara.

->Dan semestinya anda harus sentiasa berdoa agar hubungan anda akan bahagia selalu dan semakin erat walaupun jarak beribu batu. seperti bait2 lagu dato' siti nurhaliza sutramaya
Jarak antara kita umpama pengukur pencintaan..

->Tunjukkan anda menyayangi si dia dan akan ada untuk si dia, setiap kali si dia call anda atau mesej anda, anda sentiasa dapat menjawab tanpa sebarang masalah kecuali anda x perasan atau sibuk. tapi jika seharian panggilan x dijawab, mesej tak berbalas mesti ada sesuatukan?

p/s tambahan sket, apa2pn bg aku la..yg penting, kita berserah pada Allah. klo dia berkehendakkan sesuatu pasti akan berlaku. kita usaha dan tawakkal..wallahu'alam

".....dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." - Surah Yusuf ayat 87
copyrighted