Disuatu malam
Aku termenung sendirian
Melihat indahnya ciptaan tuhan di muka bumi
yang fana ini
terkenang pada seseorang
yang zahirnya jauh dari pandangan
mata ini
namun amat dekat dihati nuraniku

kehadiran insan itu dalam hidupku
ibarat mutiara yang bersinar
nun jauh didasar lautan
berharga , bernilai buat diri ini
senyum tawanya , lirikan manja matanya ,
dan bisikkan romantisnya
sentiasa menari nari di tubir mataku
aku bahagia

duhai puteri hatiku
tiba masanya buatku pergi
bukan pergi selamanya
namum pemergian ini buat sementara cuma
demi kau dan aku
ku tahu kau mengerti semua ini

duhai sayangku
jangan sesekali air mata membasahi
pipi sucimu
kerana terkenangkan memori kita bersama
mengertilah
aku disana sentiasa merinduimu
menyayangimu dan mencintaimu
setulus hati kecilku ini
hanya satu pintaku
sayangi dan cintailah diriku
bersama secangkir keikhlasan
disemai dengan setulus keihlasan pengorbanan
dan bertemankan sesuci kejujuran

duhai ratu hatiku
dengar dan tenung kata hati ini
di sini aku berjanji
aku sentiasa menyayangimu
dan mencintai dirimu
selagi nafasku tiada berhenti

duhai sayangku
kenanglah semua kata ini
kerana bicara sehelai kertas kumal ini
ibarat bicara sekeping hatiku
ILOVEYOU

dituju khas untuk FATIN FATINI .

copyrighted